Friday 12 August 2011

PENING NAK BALIK BERAYA


Aduh… Raya dah dekat. Pening….. Nak naik kereta mana pun aku tak tau lagi balik kampong nanti…….. Semua yang ada tak memenuhi cirri-ciri yang aku nak. Laju memanglah laju. Tapi anak aku yang 2 orang tu nak letak celah mana?????? Beg dengan barang-barang lagi.  Ni lah senarai kereta yang memeningkan aku…….

1. Bugatti Veyron Super Sports. Yang ni merupakan kereta termahal di dunia yang dihalalkan untuk berada di atas jalanraya. Juga merupakan kereta yang paling laju. 0-60 dalam  2.5 saat sahaja.

2. Pagani Zonda Clinque Roadster. Salah satu antara kereta exotic yang termahal. Boleh memecut dari  0 hingga 60 km/j dalam 3.4 saat   dengan top top speednya mencecah 217 mph. 
 
3. Lamborghini Reventon. Kereta yang paling berkuasa dan paling mahal pernah dibina oleh Lamborghini. Mengambil masa 3.3 saat sahaja untuk mencapai 60mph dan mampu mencapai top speed sehingga 211 mph. Hanya 20 unit dibina dan rekabentuknya yang membuatkan ianya menjadi mahal.


3. Koenigsegg Agera R. 0 hingga 60mph dalam 2.8 saat, mampu mancapai kelajuan maksimum sebanyak 260 mph. 

4. McLaren F1. Pada tahun 1994, McLaren F1 merupakan kereta termahal dan terlaju. Walau pun hampir 17 tahun berlalu, masih mampu memecut sehingga 240 mph dan mampu melakukan  0 hingga 60 mph dalam masa 3.2 saat. Sehingga kini ianya masih merupakan pilihan utama peminat kereta super di luar sana.

5. Ferrari Enzo. Kereta sport paling popular pernah dihasilkan. Mempunyai top speed sehingga 217 mph. Mampu mencapai 60mph dlam masa 3.4 saat sahaja. Hanya 400 unit dihasilkan untuk pasaran seluruh dunia.

6. Pagani Zonda C12 F. Dihasilkan oleh sebuah syarikat persendirian yang tak berapa besar di Itali. Ianya merupakan kereta kereta keenam termahal di dunia. Top speed sehingga 215 mph dan mampu memecut dari 0 hingga 60 mph dalam masa 3.5 saat sahaja. Slow sikit dari Enzo.

7. SSC Ultimate Aero.  Kereta ini merupakan kereta ketiga terpantas di dunia yang telah diluluskan untuk berada di jalanraya.Dengan kelajuan maksima sehingga 257 mph dan mampu melakukan pecutan dari 0 - 60 mph hanya dalam masa 2.7 saat sahaja.Hanya 25 unit dihasilkan untuk pasaran seluruh dunia.

8. Ascari A10. Budak jahat sekor ni mempunyai kelajuan maksima sehingga 215 mph, dan memecut dari 0 – 6 mph dalam masa 2.8 saat.Dikeluarkan oleh syarikat yang berpengkalan di England, model ini hanya dikeluarkan sebanyak 50 unit sahaja dan dihasilkan dikilangnya di Bandbury, England.

9. Saleen S7 Twin Turbo. Merupakan kereta ke empat terlaju di dunia, ia mampu mencatat kelajuan maksima sehingga 248 mph dan mencatat 0 – 60 dalam masa 3.2 saat dan berasal dari Amerika Syarikat.

10. Koenigsegg. Dibuat di Sweden, Koenigsegg bekerja keras untuk menjadi kereta terpantas di dunia. Pada masa ini, ia merupakan kereta ke lima terlaju di dunia dengan kelajuan maksima sehingga 245 mph. Syarikat pengeluar kereta ini akan terus berusaha untuk mengeluarkan model baru untuk bersaing dengan Bugatti Veyron sebagai kereta terpantas di dunia. Selamat berjaya diucapkan….

11. Nissan Grand Livina. Walaupun bukan di antara kereta terlaju di dunia, ini lah kenderaan tersesuai untuk family aku balik beraya di kampung. Dengan kelajuan mampu mencecah 100 mph, 0 – 6 aku tak tau dalam berapa minit, tetapi ianya sungguh menjimatkan dan keluasannya memuaskan hati ku untuk membawa segala beg, bantal dan toto untuk pulang ke kampung nanti. Dan sebenarnya......... ini je lah yang aku mampu pun......... hehe...

No comments:

Post a Comment