Friday 12 August 2011

BAGAIMANA MENJADI 'BEST PARENTS'


Tugas ibu bapa mendidik anak-anak agar menjadi insan yang berguna bukanlah tugas mudah. Tambahan lagi di zaman sekarang. Zaman serba canggih. Serba serbi mencabar. Untuk mendidik anak menjadi isan yang berguna, perlulah ada sedikit sebanyak ilmu di dada. Kerana tanpa ilmulah sering kita terbaca di dada akhbar tentang penderaan kanak-kanak, layanan yang tidak adil mahupun anak yang menderhaka terhadap ibu bapanya sendiri malahan sanggup membunuh ibubapanya sendiri hanya disebabkan oleh perkara yang kecil.

Berikut merupakan sedikit panduan... hanya sedikit, bagaimana untuk menjadi ibu bapa terbaik:

1. Mulakan hari anak anda dengan memberikan nama panggilan yang baik. Nama yang tidak baik hanya akan membuatkan anak anda malu pada rakan-rakan.

2. Berikan pelukan kepada anak anda setiap hari. Anak-anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai tahap IQ yang tinggi.

3. Pandanglah ke arah anak anda dengan penuh kasih sayang. Ini akan membuatkan anak anda mempunyai lebih keyakinan.

4. Berikan pujian setiap kali anak anda melakukan kebaikan. Juga berikan sebab mengapa mereka dimarahi apabila melakukan kesalahan atau kesilapan.

5. Apabila berdepan situasi untuk memilih antara kerjaya dan keluarga, pilihlah keluarga kerana waktu anak-anak membesar akan terus meninggalkan kita dan tidak mampu diputar kembali.Sekiranya mampu.

6. Jangan sesekali mengeluh dalam membesarkan anak-anak. Keluhan akan membuatkan anak anda berasa kehadiran mereka membebankan.

7. Luangkan masa mendengar cerita anak andakerana cerita itu tidak mampu anda dengan lagi pada masa akan datang.

8. Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya.

9. Jangan biarkan anak anda ke bilik tidur tanpa menerima ciuman selamat malam dari ibu bapa terlebih dahulu. Ini akan membuatkan anak anda tidur dalam keadaan tenang dan akan bangun dalam keadaan ceria.

10. Terimalah kadangkala anda bukan ibubapa yang sempurna.Ini akan mengurangkan stress anda sebagai ibu bapa.

Jadi marilah kita cuba mempraktikkan langkah-langkah diatas sebagai permulaan untuk menjadi ibu bapa yang cemerlang sekurang-kurangnya cemerlang kepada anak-anak kita sendiri.

No comments:

Post a Comment