Wednesday 10 August 2011

MURTABAK SINGAPURA



Demi kerana nak sangat merasa murtabak singapura yang diperkatakan oleh seorang bos kat opis aku tu, aku pun nekad nak beli jugak hari ni walaupun hujan. Katanya rugi kalau tak try. So aku pun berhentilah kat restoran yang diperkatakan tu petang tadi. Ada tiga pilihan. Ayam, daging lembu dan daging kambing. Mulanya nak merasa murtabak kambing singapore tapi tinggal yang besar jer. Yang kecik dah habis.Jadi aku ambik daging jer. Yang kecik. Tu pun dah RM 9 harga dia. Mak oooiii, mahalnya. Dah order terpaksalah beli jugak.
Sampai kat rumah, dah hampir waktu nak berbuka. Waktu berbuka tu punyalah excited nak try murtabak tu. Dah terliur dari tadi.Baunya aduh..... mungkin sebab puasa..
Jeng..jeng..jeng.......

Lepas baca doa, minum air, terus sambar murtabak... Pehhhh,... bukan tak bersyukur.... lebih baik aku beli murtabak jala kat pasar ranadan dekat rumah aku... dah lah 10 kali lebih sedap... dapat 4 keping. 4 keping baru RM8.... lagi puas hati. Tak berbaloi langsung aku rasa.
Jadi pengajarannya di sini, selera setiap orang tak sama...mungkin sebelum ni orang tu tak pernah makan murtabak, sebab tu dia kata rugi kalau tak try... ataupun dia memang nak kenakan kita............... Tapi tak apalah... at least kita dah merasa...

No comments:

Post a Comment