Wednesday 10 August 2011

GERAI DURIAN RUNTUH


Petang tadi KL dilanda hujan lebat dan angin kuat.Ada jugak pokok-pokok yang tumbang. Tapi dalam banyak-banyak yang tumbang tu adalah sebuah gerai menjual durian di Taman Midah turut tumbang.


Tapi apa yang lebih penting aku nak bincangkan kat sini ialah tentang keselamatan. Gerai tu berlesen(walaupun hanya permit sementara (bermusim)) dan terletak terlalu hampir dengan jalan raya. Bayangkan jika sewaktu kejadian tersebut berlaku dan menghempap kenderaan yang bertali arus kat Jalan Cheras tu, tak ke akan mengakibatkan kemalangan????Siapakah yang akan bertanggung jawab?? Pengusaha gerai tersebut tentu akan lepas tangan. Sudahnya PBT tersebut juga yang terpaksa membayar pampasan. Terpaksa lah guna wang pembayar cukai. Tak ke membazir dek kerana keputusan yang kurang bijak??? Adakah pihak yang memberikan kebenaran tu terfikir akan kesan dan akibatnya sebelum membuat keputusan?? Mana boleh sesuka hati memberikan lesen/kebenaran untuk menjalankan perniagaan di kawasan yang tidak sesuai?? Terlalu hampir dengan jalan raya dan di dalam kawasan simpanan pokok.Keselamatan orang ramai harus lebih diutamakan daripada kepentingan individu yang hanya mahukan keuntungan...... Kadangkala terfikir juga adakah ini 'double standard' Gerai yang beroperasi di tempat yang tidak berisiko, langsung tidak membahayakan orang ramai tidak diberikan lesen.... selalu disaman... tapi yang terang-terangan ini diberikan kebenaran. FIKIRKANLAH... Adakah patut kerajaan memberikan BONUS sebanyak 2 bulan seperti yang diminta, walau pun kerja yang dilakukan tidak menepati piawaian dan kehendak wargakota?????????
Setengah bulan tu dah cukuplah......

No comments:

Post a Comment