Thursday 28 July 2011

BUKIT JALIL OH BUKIT JALIL

Aduh....Terkandas lagi.
Baru balik dari Stadium Nasional Bukit Jalil.
Akhirnya kecundang juga Harimau Malaya kepada musuh tradisi, sang Singa Selatan... Kita gagal ke pusingan seterusnya dalam kempen kelayakan Piala Dunia ini. Gagal untuk meletakkan diri di antara 20 pasukan terbaik Asia. Sesuatu yang pasti dicemburui oleh jiran-jiran kita seandainya kita berjaya malam tadi.
Kalau pusingan pertama di Singapura , tewas kerana tidak biasa dengan padang rumput tiruan, di Bukit Jalil apa pula alasannya? Penyokong memenuhi stadium...hingga melimpah ruah sampai ke tangga stadium. Mungkin nasib tidak menyebelahi kita. Walaupun sokongan padu dari lebih 80,000 penyokong, pasukan kita masih gagal untuk menyaingi pasukan seberang Tambak Johor. Mungkin kita akan menyalahkan mereka dengan beberapa 'pemain import' yang mewakili pasukan mereka...Hakikatnya kita masih perlu banyak belajar dan harus berusaha dengan lebih gigih.
Pasukan kita telah mencuba sedaya upaya. Tetapi ternyata kemahiran individu pemaing Singapura lebih tinggi dari rata-rata pemain kita, terutamanya 'pemain import' mereka. Walaupun berusia lebih 40 tahun, tetapi ternyata stamina masih lagi tinggi.Kita harus sedar bahawa mutu bola sepak kita tidak akan sampai ke mana jika para pemain tidak berani untuk berhijrah. Ternyata mutu permainan pemain seperti Safee Sali lebih matang dan bertenaga selepas berhijrah ke luar negara, walaupun hanya ke Indonesia. Negara jiran kita juga. Jadi pemain-pemain yang mempunyai bakat dan telah dirisik oleh beberapa kelab dari negara jiran silalah buat keputusan bijak demi masa depan bola sepak negara kita.Kita harus berani untuk berhijrah. Jangan hanya kerana ingin mempertahankan piala yang dimenangi membuatkan kita tidak mahu mencuba di tempat yang baru. Kita akan hanya menjadi jaguh kampung jika selamaya berfikiran seperti itu.
Jadi kepada pemain-pemain Liga Malaysia, sahutlah cabaran dan rebutlah peluang jika anda dilamar oleh kelab asing demi mempertingkatkan mutu bola sepak di negara kita. Bukan mudah untuk kelab asing mengiktiraf mutu pemain-pemain negara kita. Peluang yang baik ini tidak harus dilepaskan begitu sahaja.
Jadi terus berusaha. Jangan jadikan kekalahan malam tadi sebagai penamat untuk kita terus menyokong pasukan negara.
 Ayuh teruskan sokongan pada pasukan junior dalam kelayakan Olimpik nanti.
Harimau Malaya, Teruskan Ngaumanmu!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

No comments:

Post a Comment