Thursday 6 December 2012

Kamera Baru????




Salam semua...
Dah lama tak menulis....
Sibuk sangat beberapa bulan lepas hinggalah sekarang...
Banyak sangat event nak kena hadir.....
Jaga protokol konon.....
Hampeh jer.....
Protokol aper.....

Dua tiga hari lepas adalah rasa nak beli kamera DSLR..... Wife aku kata pakai kamera ni gambar lagi cantik... Itu memang aku akui.... Cuma tak berapa senang nak beli....Besar sangat. Susah bawa...
Apapun aku dah survey kat beberapa buah kedai kamera di Pertama Kompleks....
Dalam 3 buah kedai aku pegi... Selangor Photographers bagi harga yang aku rasa mengancam....
Wife aku minat Nikon D3200.... Dia bagi RM2200. Free bag dengan memori kad... Aku rasa dah ok tu.. Dah siap tukar lens 18-105. Kalau 18-55 murah sikit. Tapi zoom tak bleh la.. Tapi kalau ada sapa-sapa tau kat mana boleh offer lagi baeekk punya harga, silalah bagitau yer.
NIKON D3200
Ni lah kamera yang dia tergila-gila sangat tu.. Tapi sampai la ni blom beli lagi.. tunggu bonus keluar dulu lah ko.... Sabarlah wahai isteriku.........
Ni link untuk kamera ni kalau sapa-sapa berminat. Sangat sesuai untuk beginner....
http://www.imaging-resource.com/PRODS/nikon-d3200/nikon-d3200A.HTM


Wednesday 7 March 2012

RIMAS MACAM NAK 'RAMAS'

Enam cara beritahu teman 'kepoh' anda "BLAH..." secara sopan

Pernahkah anda rasa privasi anda di pejabat seakan terganggu dengan kehadiran teman-teman yang suka menjaga tepi kain orang? Nak kata mereka ni peramah, memang dah terlebih peramah pun. Over! Nak kata prihatin tentang anda, hhmm... oh sama sekali tidak! Golongan suka jaga tepi kain ni, rasanya, lebih ghairah mengumpul maklumat untuk  'pangkalan data' gosipnya. Komen seperti: "Hai... cepat dah nak balik!" (walhal sebelum teman ini tiba di pejabat, anda sudah awal-awal lagi menatap komputer mencari rezeki halal) atau “Siapa tadi yang ambil awak dengan kereta?”  (walhal bukan urusannya) adalah antara yang terpacul daripada mulutnya.

Bagaimana menangani rakan-rakan merimaskan ini?

1. Kenali siapa teman & siapa bukan
Lihat sekeliling anda. Tinjau tabiat mereka yang bertugas dengan anda. Kalau ada yang tiba-tiba nak buat baik, awas! Hati-hati untuk tidak mendedahkan segalanya. Mana tahu ada 'musuh dalam selimut' atau teman jenis 'gunting dalam lipatan'. Yang paling 'klasik' ialah apabila anda dipanggil ke bilik bos dan teman ini tidak senang duduk dan mula menjenguk-jenguk. Sejurus anda kembali ke tempat anda, soalannya ialah:"Eh! Bos nak apa dengan kau?"

2. Tinjau budaya kerja mereka

Perhatikan cara teman ini bergaul, berbual dan berkongsi rahsia dengan teman-teman lain. Adakah mereka kerap menampakkan seakan mereka menyebelahi anda tetapi sebenarnya tidak dan gemar memberitahu anda: "Bos suruh aku cakap dengan kau sebab..." (Apa... bos tu tidak boleh langsung beritahu anda?) Adakah mereka akan mengutuk bos dan cuba mendapatkan pandangan anda tentang bos anda (sekali lagi untuk tampung 'pangkalan datanya')? Adakah mereka boleh diharap apabila diperlukan bantuan? Atau mereka jenis yang menjadi ejen perisik bos untuk 'korek' rahsia anda? Jika jawapannya ya, renggangkan hubungan anda dengan mereka.

3 Tidak hiraukan 'bebelan' negatif

Merungut, membebel dan selalu negatif. Biasanya, mereka adalah jenis yang tidak akan berkongsi ciri-ciri positif dalam hidup mereka untuk anda teladani. Sebab mereka tiada kerja atau kekurangan tugas, mereka akan mencari pasal dengan angin 'meneropong' kisah balik tabir anda. Lantaran itu, usah dilayan 'bebelan' negatif mereka.

4 Bersifat tegas dengan mereka

Jangan beri mereka ruang 'memujuk' anda mendedahkan segalanya. Anda harus tegas kalau mereka mati-mati ingin mencungkil rahsia anda dan menggunakan 'maklumat eksklusif' itu untuk menjatuhkan anda. Cara paling baik untuk elakkan daripada terperangkap dengan 'jerat' mereka ialah dengan berkata: "Jangan marah. Saya banyak kerja..." atau "Sudah makan" kalau mereka ajak keluar makan bersama. Itu adalah alasan paling lembut yang dapat anda berikan jika mereka 'main kasar' di belakang anda untuk mencungkil kelemahan anda.

5 Jangan takut

Usah rasa diri anda dibayangi ketakutan: "Alamak! Kalau kena korner dengan si 'kepoh' tu, bagaimana?" Orang-orang yang suka menjaga tepi kain orang ni biasanya nak jadi tumpuan di pejabat. Konon, dialah serba tahu tentang hal luar-dalam pejabat. Sayangnya, mereka hanya dedahkan kelemahan orang daripada memberi dorongan kepada orang lain.

6 Sebaiknya jauhkan diri

Elakkan dari perlu duduk berjam-jam hanya dengan si ’kepoh’ atau kuncu-kuncunya. Kalau ditanya soalan terlalu peribadi, jangan menjawab. Kalau ditanya "Semalam, saya nampak awak dengan seorang lelaki/wanita. Siapa tu?" Jawab saja: "Oh... itu hal peribadi. Saya enggan berkongsi." Dan, kalau dia menambah: "Takkan tak boleh kongsi?" Katakan saja: "Oh tak ada apa-apa. Semalam pun saya nampak awak dengan seseorang. Siapa tu? Lama-kelamaan, si 'kepoh' pun akan 'ketandusan tenaga bateri' untuk berbual dengan anda. Beri isyarat kepada si ’kepoh’ tu.........BLAH!!!!!!!!!!!

Thursday 15 September 2011

Najib to relax curbs on civil liberties



Prime Minister Najib Razak will unveil plans to ease curbs on civil liberties, an official source said, bowing to a key opposition demand as speculation over snap polls mounts. He  will unveil plans  to ease curbs on civil liberties, an official source said, bowing to a key opposition demand as speculation over snap polls mounts.
He  will announce long-awaited plans to amend the controversial Internal Security Act (ISA), which allows detention without trial, and relax press and assembly restrictions, a government official familiar with the plans. 
Najib, whose government was widely criticised for forcefully quashing a July rally by the opposition and civil society groups for electoral reform, will make the announcements in an 8.45pm speech.
The ISA has long been a hot-button issue in this country, whose critics say it is abused by the long-ruling government's party, the United Malays National Organisation (Umno), to silence dissent.

So lets altogether wait and see….

Sunday 21 August 2011

BETULKER?????


SUSPEK SIMBAH ASID DAN ROMPAK DI JALAN TAR DIREMAN

 Betul ker orang ni ataupun sama macam kes pemuda India yang dikeluarkan 'photofit'nya sedikit masa lalu. Kalau tepat suspeknya tahniahlah pada pihak polis... tapi  kalau bukan pun teruskanlah usaha memburu haiwan liar tersebut.....


2011/08/21

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki yang ditahan petang semalam di ibu negara berhubung kes simbah asid terhadap seorang pemuda di Wisma Bumi Raya, Jalan Raja Laut, 8 Ogos lalu, direman lima hari bermula hari ini.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa, berkata lelaki berusia 28 tahun itu adalah kenalan kepada mangsa.
"Lelaki yang ditahan itu mengenali mangsa dan polis yakin dengan penahanannya dapat membantu pihak polis menyelesaikan kes simbah asid yang berlaku di Jalan Raja Laut itu," katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.
Dalam kejadian itu, mangsa Mohd Rafie Abdul Latif, 27, disimbah asid oleh seorang lelaki ketika berada dalam kereta berhampiran tandas awam berdekatan Wisma Bumi Raya di sini.

Lelaki itu dikatakan membuka pintu kereta mangsa dan menyimbah mangsa dengan asid yang menyebabkan kulit muka mangsa melecur, sebelum melarikan diri dengan menaiki sebuah kereta bersama dua lagi lelaki.


Sumber berkata, lelaki yang ditahan itu merupakan seorang dari rakan mangsa yang bersamanya pada hari kejadian dan dibawa oleh pihak polis ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) iaitu tempat mangsa dirawat dalam keadaan tangan bergari, semalam.


"Lelaki (yang ditahan) itu ada bertengkar dengan mangsa beberapa hari sebelum kejadian, namun tidak dapat disahkan sama ada dia terbabit," katanya. - BERNAMA


Thursday 18 August 2011

DUBAI SUPERBUS


 Electric Super Bus tours Abu Dhabi and Dubai
The Dutch-built Superbus was shown to the media at Masdar City in Abu Dhabi a few days ago. Fully electric and designed to be capable of 250 kph while carrying 23 passengers, it is being pitched as the next-generation solution to the Dubai-Abu Dhabi commute.
From what we saw, the Superbus is far from ready for primetime. All we got to see was the Superbus doing 25 kph on deserted roads, as we rode alongside in a minivan, because no one was allowed to ride it yet due to insurance limitations. Still under testing, the best speed the prototype has managed so far is 140 kph, and the practicality of the design also has much to be desired. Aside from the thin carbon-fibre doors that seem to have no sound insulation, look at the cramped space through which passengers would have to stumble in and out at stops. Even by the Dutch outfit’s own admission, the Superbus is still four years away from being road-ready, let alone in service.
The original idea is sound, however. Apparently there is a second highway planned between Dubai and Abu Dhabi to reduce congestion. This highway could integrate a special high-speed lane to accomodate the 250 kph Superbus, which would cut down the commute to 30 minutes for businessmen willing to pay, while also dropping them off at designated bus stops around the cities.
 
It is also potentially environmentally-friendly, as the Superbus was charged in Masdar City using energy from their own solar-panel farm. Indeed, Masdar City was the real surprise of the day. Designed to be a “green” city within Abu Dhabi , all the street lamps there were solar-powered, while we were ferried around partly in Mitsubishi i-MiEV electric cars. The city, as well the environmental institute within it, are still under construction.
The Superbus also made an appearance at the Dubai Autodrome where Mohammed Ben Sulayem apparently “drove” it around the track in a publicity stunt. We didn’t attend after the speeds we saw in Abu Dhabi , but if the Superbus does reach the roads of the UAE by 2015, only drivers of his calibre would be able to pilot it.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

 

Tuesday 16 August 2011

JANGAN DERA ANAK

Aku terbaca artikel dalam The Sun hari ni...
Budak 11 tahun di Jerman call polis mengadu dia kena kerah buat buat kerja rumah mas cuti sekolah.  Haii...sekarang anak-anak dah terlebih educated..
Suruh tolong buat kerja rumah pun sampai call polis.
Ape cerita ni...... 
Jadi hati-hati lah kalau nak suruh anak anda buat kerja rumah.
Bacalah petikan berita tersebut di bawah ni........


"An 11 year old German boy called police to complainthat his mother keeps making him do chores during his summer school holiday. "hello, my mother is putting me into forced labour", began that boy during a 5 minute call to the emergency number 110. Police released an edited transcript of the call before closing the case. "What do you have to do?" the police officer answering the call asked the boy. "I have to clean up the terrace, I've got to work the whole day,"said the boy.

Maybe this is the boy  ?????????


Sunday 14 August 2011


PANGGILAN SAYA PERCUMA ????
atau pun PANGGIL SAYA PERCUMA.....U NAK?

Bukan nak mengutuk. Bukannak mengata..... tapi puas aku pikir,apa maksud disebalik iklan ini???
Macam mana iklan ni boleh menarik perhatian orang ramai  untuk melanggan????. 
Maksud aku servis syarikat telekomunikasi tu...
Atau pun dengan tersiarnya iklan ini di seluruh Malaysia, makcik-makcik ataupun ahso-ahso yang sewaktu dengannya berpeluang menjadi model iklan.....
Siapa tahu.....
Rezeki masing-masing
Senyum sendirian.....

AYAT LEPAS KAWIN.......



Sebelum Tidur :  
6 minggu : "Selamat malam Sayaaang, mimpi yang indah-indah ok, I love you…..mmmuachhhhhh".
6 bulan : "Tolong matikan lampu tu, silau aah".
6 tahun : "Sana sikit lah... Tidur kalau tak mengepit tak bole ker???!"
More than 10 years : Tidur asing-asing….laki depan tv, bini tido ngan anak2…hahaha 

Ke Toilet:  
6 minggu : "Tak apa, U masuk ler dulu, I tak kisaaahhhh".
6 bulan : "Masih lama lagi ke nih?"
6 tahun : Dam! dam! dam! (suara pintu digegar), "kalau nak bertapa pergi lah gunung ledang sana !!!"
SMS:
6 minggu : "Iye Sayang,  jap lagi I sampai rumah. I belikan murtabak favourite U ye Sayang"..
6 bulan : "Trafik jam laah"….
6 tahun : "K"..  
16 tahun : …………………. (langsung tak balas !!!) hehehe….

Dating process:
6 minggu : "I love U, I love U, I love U".
6 bulan : "Of course I love U".
6 tahun : "Iyalah!! kalau I tak cintakan U, takkan I nikah dengan U???"
More Than 10 Years : "Buang tabiat ker you ni?  Cakap mengarut"….



Pulang Kerje:
6 minggu : "Sayaaang, I dah balik nih"...
6 bulan  : "I'm HOME"!!
6 tahun : "Masak apa hari ini"??  



Hadiah :  
6 minggu : "Sayang, I harap U suka cincin yang I beli untuk U ni"
6 bulan : "I beli lukisan, nampak sesuai dengan suasana ruang tengah"
6 tahun : "Nah duit, U beli sendirilah apa yg U nak"..  
More Than 10 Years : "Dah tua2 pun nak beli hadiah ker?  Macam budak-budak lah awak ni"…..


Telefon:  

6 minggu: "Baby, ada yang ingin berbual ngan U di telefon nih"
6 bulan: "Eh... Your call"...
6 tahun: "WOOIII TELFON BUNYI TUUUHHH.... ANGKAT AAAAAHHH!!!" (menjerit)


Masakan:  

6 minggu: "Wah, tak sangka, pandai U masak..Rasa pun sedappp"...!! !
6 bulan: "Kita makan apa malam ini??"
6 tahun: "HAH!! LAUK INI LAGI?"  
10 Than 10 Years : "Today balik lambat, I makan kat luar ngan kawan"… 

Memaafkan:
6 minggu: "Sudahlah, tak apa, U bukan sengaja, nanti kita beli lagi yang lain ok"…
6 bulan: "Hati-hati, nanti jatuh tu".
6 tahun: "Orang dah bilang berkali-2 pon tak paham!!" 

Baju baru:  

6 minggu: "Aduh sayang, U seperti bidadari dengan pakaian itu"
6 bulan: "Lah... Beli baju baru lagi?"   
6 tahun: "DAH BERAPA RIBU HABIS BELI BAJU TU???" 

Holiday:  
6 minggu: "Macam mana kalau kita holiday  gi oversea  atau ke tempat yg U suka sayang….?"
6 bulan: "Kita ke Bukit Bintang aje ler... Senang sikit tak perlu naik flight..."
6 tahun: "JALAN-JALAN? ?? DUDUK RUMAH AJE TAK BOLEH KE? BUANG DUIT JE!" 

TV:  

6 minggu: "Sayang, kita nak tengok citer apa malam ini?"
6 bulan : "Sekejap eh, citer bagus ah".
6 tahun: "JANGAN TUKAR-2 BOLE TAK .."
More Than 10 Years : "X der keje lain ker, asyik tengok tv jer…"

SEDARLAH WAHAI RAKYAT MALAYSIA



Hai… sakit hati betul baca berita kat dalam Harian Metro Kelmarin. Berita tentang kakitangan JKM dihalang daripada menahan pengemis @ peminta sedekah di pasar ramadhan di Setapak Jaya. Tukang yang menghalang tu pulak orang melayu yang masih waras dan masih boleh menggunakan kepala hotak untuk berfikir. Tahukah kamu orang buta tersebut mungkin lebih kaya daripada kebanyakan orang yang makan gaji di pejabat.
Sedarlah…. Bukan semua orang yang cacat pengelihatan tu miskin. Mereka juga  boleh melakukan pelbagai pekerjaan. Saya sudah beberapa kali menaiki bas bersama-sama orang buta yang dalam perjalanan ke pejabat. Tetapi masalahnya mereka ini bangsa lain. Kebanyakannya bangsa cina. Bukan MELAYU…Orang buta melayu hanya tahu minta sedekah dan jual tisu. Tetapi tidak pada bangsa cina. Mereka bekerja untuk mencari rezeki. Berusaha.
Satu lagi perkara, kebanyakan orang yang minta sedekah ini bukannya warga tempatan. Mereka sebenarnya warga asing.

Lihatlah contoh dibawah ini yang terjadi beberapa minggu lepas sebagai pengajaran seperti yang dilapotkan oleh Mazidul.com….


Jam 5.30 petang tadi saya berkunjung ke Bazar Ramadhan, Seksyen 7, Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor.
Bazar Ramadhan membuka peluang kepada penduduk tempatan mencari rezeki di bulan mubarak. Peniaga bertungkus-lumus menjual pelbagai jenis makanan dan minuman. Barangkali keuntungan harian diraih tidak mencecah ribuan ringgit tetapi mencukupi untuk menambah rezeki keluarga.

Mereka bukan berniaga secara semberono, lesen perniagaan dikeluarkan secara sah oleh Majlis Bandaraya Petaling Jaya. Ada harinya mereka untung, mungkin ada hari tertentu mereka kerugian.
Begitulah adat peniaga. Ringkasnya, setiap hari di bulan mulia ini, mereka sentiasa bekerja keras mencari rezeki secara halal.

Hampir jam 6 petang, saya terlihat kelibat pengemis duduk tenang di tengah laluan bazar Ramadhan.  Sewaktu saya menghampirinya dia berkata ...

"Kemboja! Kemboja!"
Biarpun hanya menggunakan bahasa isyarat, dia mendakwa kakinya kudung akibat terkena jerangkap samar di negara asal.
 
Sewaktu saya mula merakamkan gambar, dia kelihatan kurang selesa. Apabila ditanya berhubung tempat tinggal dan usianya, dia gagal berkongsi informasi terbabit berikutan kekangan bahasa. 
Beberapa minit kemudian, dia mula bergerak, rentetan gambarnya saya rekodkan berikutan desakan hati kecil.

Pasti ramai berasa simpati melihat pengemis terbabit ketika dia cuba menyeberangi longkang kecil. Papan gelungsur buatan tangan terpaksa diangkat terlebih dahulu sebelum dia mengesut perlahan.

Ketika itu saya yakin, dia tidak menyedari setiap pergerakannya saya rakamkan dari jarak jauh.

Sewaktu beredar dari bazar, dia sempat berhenti di hadapan deretan kedai untuk mengira hasil kutipannya sejak awal petang. Perlahan tetapi berhati-hati, dia kemudian bergerak ke arah belakang kedai.
Saya mengekorinya dari jauh sambil terus merakamkan gambar.
Islam pada dasarnya tidak menggalakkan penganutnya hidup secara meminta-minta. Bagaimanapun melihatkan kecacatan lelaki itu, ramai pengunjung bazar tanpa teragak-agak menghulurkan derma seikhlas hati kepadanya. Ramadhan, sesungguhnya bulan untuk kita bersedekah.

Ops! Terlebih dahulu, mari bersama kita perhatikan gambar di bawah secara teliti.
Menarik? Pelanduk dua serupa?
Tumpukan perhatian kepada lelaki berbaju belang kelihatan berjalan laju ketika gambarnya saya rakamkan.
Ya, kejadian pelik.

Perangai manusia kekadang lebih mengelirukan berbanding perlakuan entiti paranormal pernah saya rakamkan sebelum ini. 
Saya difahamkan, dia datang mengemis di bazar terbabit menaiki teksi tetapi ketika gambar direkodkan, dia tidak menuju ke arah jalan utama atau perhentian kenderaan.
Sewaktu dia menghampiri van rosak diparkir, saya tercegat berdiri di hadapannya. Biarpun tersentak, dia tetap menguntumkan senyuman.
Papan gelungsur sebelum itu digunakannya dimasukkan ke dalam beg di capai dari bawah van. 

Tadaaaaaaaaaa!

Dia kemudian saya  'jemput' untuk kembali semula ke bazar tetapi kali ini lengkap berkaki. Melihat senyumannya sambil berdiri seperti manusia lain, beberapa peniaga kelihatan terpaksa menahan perasaan geram mereka.

Jam 6.28 petang, tiba-tiba dia mengeluarkan telefon bimbitnya sekaligus menghubungi seseorang. Malangnya, bahasa komunikasi mereka tidak langsung saya fahami. 
Saya kemudian meminta pengemis itu menunjukkan kepada orang ramai, wang hasil kutipan di antara jam 4 dan 5.30 petang. Tanpa membantah, dia mengeluarkan beg kain selempang dari dalam bajunya.

Dia memerhatikan 2 remaja terbabit mengira wang terbabit, hasil simpati pengunjung melihat kaki kudungnya. 

"Enam puluh ringgit, kalau campur duit syiling lebih lagi," ujar remaja berbaju merah.
Itu jumlah 'gajinya', diraih kira-kira dalam tempoh 90 minit sahaja. Jumlah mungkin tidak mampu diraih peniaga tempatan dalam tempoh sama.
Melihat kopiah disumbatkan di poket lelaki itu, saya kemudian membacakan keretan terawal Al-Fatihah dan menyuruh dia menyambungnya. Namun dia tidak menunjukkan sebarang reaksi terhadap bacaan Ummul Kitab itu.


Terlintas di fikiran saya, adakah dia beragama Islam?

Mendengar saya membacakan Al-Fatihah, kenalan saya berkebetulan berdiri di kawasan berhampiran tersenyum lebar sambil merakamkan gambar saya dan pengemis terbabit.
Dia kemudian dinasihatkan agar tidak lagi mengulangi perbuatannya, memperdaya orang ramai.
Pengemis itu kemudian dibenarkan beredar.
Kali ini dia berjalan pantas menuju perhentian bas di kawasan berhampiran. Saya terus mengekorinya sambil merakamkan gambar.
Sebaik teksi ditahannya berhenti, dia terus melambaikan tangan kepada saya. Barangkali dia berasa lega terlepas begitu sahaja.
Melihat senyuman bak mengejek lelaki itu, hati tiba-tiba berasa geram, kesabaran saya tercabar. Lalu tanpa henti saya merakamkan gambar warga Kemboja itu.

Saya percaya tindakan itu sekaligus membuatkan pemandu teksi dinaikinya tidak berasa selesa.

"Saya pun tahu dia nak pergi kemana. Dia kata sepuluh, sepuluh," kata pemandu.

Akhirnya, kami difahamkan, pengemis itu menetap di Damansara Damai.

"Saya tak nak bawa dialah," ujar pemandu.

Lantas lelaki itu diarahkan keluar dari teksi.
Sebaik teksi beredar, saya mendekatinya buat kali terakhir. Dia masih tersenyum. Beberapa saat kemudian warna pipi kiri kelihatan berubah merah.
Barangkali akibat dia berasa malu atau kerana terkena tiupan kencang 'bayu senja' bulan Ramadhan.

Untuk rekod, suatu ketika dahulu, warga Kemboja berhijrah ke Malaysia akibat bahana menimpa negara mereka. Sebilangan warga sama, kini kaya raya, hidup aman dan tenteram berkongsi negara ini bersama kita.

Kita akur, majoriti rakyat Malaysia pemurah tetapi usah sampai kita diperkotak-katik dan diperbodohkan di hadapan mata.

Bertindaklah apabila difikirkan wajar, bukan sepi membisu seribu bahasa.

Itu pesan saya.

PETIKAN DARI MAZIDUL.COM