Sunday 21 August 2011

BETULKER?????


SUSPEK SIMBAH ASID DAN ROMPAK DI JALAN TAR DIREMAN

 Betul ker orang ni ataupun sama macam kes pemuda India yang dikeluarkan 'photofit'nya sedikit masa lalu. Kalau tepat suspeknya tahniahlah pada pihak polis... tapi  kalau bukan pun teruskanlah usaha memburu haiwan liar tersebut.....


2011/08/21

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki yang ditahan petang semalam di ibu negara berhubung kes simbah asid terhadap seorang pemuda di Wisma Bumi Raya, Jalan Raja Laut, 8 Ogos lalu, direman lima hari bermula hari ini.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa, berkata lelaki berusia 28 tahun itu adalah kenalan kepada mangsa.
"Lelaki yang ditahan itu mengenali mangsa dan polis yakin dengan penahanannya dapat membantu pihak polis menyelesaikan kes simbah asid yang berlaku di Jalan Raja Laut itu," katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.
Dalam kejadian itu, mangsa Mohd Rafie Abdul Latif, 27, disimbah asid oleh seorang lelaki ketika berada dalam kereta berhampiran tandas awam berdekatan Wisma Bumi Raya di sini.

Lelaki itu dikatakan membuka pintu kereta mangsa dan menyimbah mangsa dengan asid yang menyebabkan kulit muka mangsa melecur, sebelum melarikan diri dengan menaiki sebuah kereta bersama dua lagi lelaki.


Sumber berkata, lelaki yang ditahan itu merupakan seorang dari rakan mangsa yang bersamanya pada hari kejadian dan dibawa oleh pihak polis ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) iaitu tempat mangsa dirawat dalam keadaan tangan bergari, semalam.


"Lelaki (yang ditahan) itu ada bertengkar dengan mangsa beberapa hari sebelum kejadian, namun tidak dapat disahkan sama ada dia terbabit," katanya. - BERNAMA


No comments:

Post a Comment