Wednesday 3 August 2011

SAMBUT RAMADHAN BIARLAH BERHEMAT

Benarkah umat Islam di Malaysia sekarang suka membazir?
Pada masa umat Islam mula menyambut Ramadhan, pelbagai iklan-iklan jualan murah disiarkan
dan mennggoda masyarakat kita agar berbelanja sempena Aidilfitri.
Malangnya ramai yang mudah terpedaya dan menjadi lemah apabila dipujuk rayu untuk berbelanja.
Walhal Ramadhan menitikberatkan disiplin diri dan hawa nasu daripada melakukan perbuatan dilarang termasuklan penbaziran.
Terdapat banyak iklan-iklan yang menggunakan  slogan seperti Jimat. Murah dan pelbagai lagi padahal ianya tidaklah sejimatdan semurah mana pun.Hanya untuk menarik pernbeli dan menguntungkan peniaga sahaja.

Perbelanjaan untuk menganjurkan majlis berbuka puasa di surau atau pun di masjid kali ini agak tinggi. Kenapakah ini terjadi? Apakah perlu kita menyediakan makanan mewah dan mengeluarkan perbelanjaan yang tinggi sedangkan ibadat tarawih yang merupakan perkara yang lebih utama tidak mendapat sambutan. Hanya 2 atau 3 saf sahaja.

Kebanyakan umat Islam juga gemar berbelanja besar dan mengikut hawa nafsu ketika membeli juadah untuk berbuka puasa. Jadi, semestinya jumlah yang agak besar perlu dikeluarkan setiap hari membeli juadah semata-mata mengikut hawa nafsu perut yang sedang keroncong. Apa yang menyedihkan, ada makanan yang tidak dihabiskan akan masuk ke dalam tong sampah juga akhirnya.
Adilkah kita sedangkan masih ramai umat Islam yang kebuluran akibat tidak cukup makanan. ?

Ramai dikalangan masyarakat kita yang gemar menukar perabot setiap kali mahu menyambut Aidilfitri. Malahan ada juga yang berani membeli kereta baru yang mahal semata-mata untuk bergaya ketika pulang ke kampung berhari raya. Biar hutang keliling pinggang asalkan dapat bergaya di hari raya.

Mengapakah ini semua berlaku ? Ingatlah bulan Ramadhan bukanlah bulan untuk melakukan pembaziran, bulan pembaziran ataupun bulan membuat hutang. Marilah kita membuang budaya "biar papa asal bergaya" dan amalkan sikap berhemat dan berjimat cermat serta menghidupkan Ramadhan agar lebih bermakna untuk kita semua.

2 comments: