Wednesday 3 August 2011

HANDPHONE TERLARIS DI MALAYSIA



Makin hari makin menjadi-jadi perang handphone di Malaysia.Tak kiralah handphone biasa ker, smartphone ker, semua dah mampu dimiliki oleh rata-rata rakyat  Malaysia. Semua dah kaya-kaya kot. Budak-budak sekolah pun dah pakai handphone canggih-canggih sekarang ni. Kadang-kadang aku segan nak keluarkan handphone aku bila ada call masuk. Maklumlah handphone tak berapa canggih. Tak ada skrin sesentuh. Kena tekan butang. Ok lah, meh kita tengok beberapa model handphone yang ‘sangat’  mendapat sambutan ketika ini.
(bagi sesiapa yang terlepas Malay Mail semalam)....

1.     iPhone 5
Walaupun belum dilancarkan ianya telah manjadi buah mulut kebanyakan peminat gadget yang semakin canggih. Rata-rata peminat gadget ini bercerita tentang handphone ni secara meluas bukan sahaja di Malaysia, tetapi di seluruh dunia. Dengarnya Apple telah mula mengeluarkan sebanyak 15 juta unit untuk dipasarkan bulan depan.

2.     iPhone 4
Handphone pintar ‘touchscreen’ juga dikeluarkan oleh Apple.   Generasi ke-4 dikeluarkan khas untuk membuat panggilan video dan juga melayari internet selain ciri-ciri yang serba canggih yang terdapat pada handphone pintar ini.Boleh didapati dalam dua warna- hitam dan putih sahaja. Kalau warna lain tu bukan ori kot. Atau pun tukar casing.

3.     Samsung Galaxy S
Telefon pintar dengan aplikasi Android diperkenalkan oleh Samsung pada Mac tahun lepas. Ia di mengandungi 1 GHz ‘hummingbird’ processor bersama dengan 8 – 16 GB memory dalaman/sedia ada, 480 x 800 skrin sesentuh AMOLED berukuran 4 inci, kamera 5 megapixel dan banyak lagi ‘features’ lain yang menarik.

4.     samsung Galaxy S2
Merupakan telephone pintar dual-Core ke-2 ternipis di dunia. Pengganti kepada Galaxy S dan juga merupakan ‘super smartphone’. So, sapa-sapa yang pakai phone ni kira gempaklah.

5.     Sony Ericsson Xperia
Antara smartphone terbaik daripada Sony Ericsson. Tumpuan syarikat kepada model ini berbaloi kerana sehingga kini, jualanya melebihi setengan daripada semua jualan seluruh model handphone Sony Ericsson yang ada. Kira model nil ah yang paling menarik dalam keluarga Sony Ericsson sekarang  ni.

6.     Nokia C3
Handphone mampu milik mempunyai kebanyakan ciri-ciri  yang dikehendaki oleh pengguna. Juga dilengkapi denga Wi-Fi dan juga QWERTY keyboard. Untuk yang bajet tu boleh la kot yang ni.

7.     Nokia N8
Merupakan telefon pintar Symbian 3 dalam keluarga siri N yang dikeluarkan oleh Nokia. Handphone keluaran Nokia yang pertama dilengkapi dengan 12 megapixel kamera dengan sensor bersaiz 1/1.83” dan merupakan yang terbesar sewaktu  ianya  dilancarkan. 

8.     Samsung Galaxy Ace
Satu lagi pilihan terbaik dari Samsung. Juga menggunakan Android sebagai operating system. Merupakan satu di antara  telefon pintar beraplikasikan  Android yang mampu dimiliki dalam banyak-banyak telefon Android.

9.     Blackberry Bold
Blackberry Bold 900 merupakan siri yang mempunya ciri rekabentuk yang menarik, efisyen, papan kekunci QWERTY ‘piano like’ ( finishing berkilat macam piano kot)  dan keupayaan pesanan ringkas Blackberry asal.

10.   Blackberry Curve
Blackberry Curve  adalah  telefon  pintar ‘entry-level’ yang dikeluarkan oleh Research In Motion. Curve 8520 merupakan telefon Blackberry pertama yang mempunyai  paparan ‘track pad’.

So yang mana satu jadi pilihan???.... tepuk poket anda.... tanyalah ego......
ooppssss... tanya keinginan.......

No comments:

Post a Comment